KUALA TERENGGANU 19 Dis. – Ahli Parlimen bebas, Datuk Rosol Wahid tidak akan kembali kepada UMNO meskipun Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah memutuskan menyerahkan tugas-tugas parti kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan, malam tadi. Rosol berkata, keputusan yang dibuat enam hari lalu bukan kerana individu sebaliknya demi kepentingan serta kebaikan pengundi di kawasannya di Hulu Terengganu. “Saya tidak akan kembali, tindakan saya keluar parti tempoh hari memberi ruang untuk saya membantu rakyat dan pengundi di kawasan saya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya