‘Saya bukan rasis’ - Utusan Malaysia

‘Saya bukan rasis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 4 Dis. – Seorang penyokong, Averof Panteli mengakui melempar kulit pisang ke dalam padang sewaktu perlawanan derby London antara Arsenal dan Tottenham Hotspur yang berkesudahan Gunners mencipta kemenangan 4-2 di Stadium Emirates, hujung minggu lalu.

Pemandu lori itu dilihat melempar sisa makanan daripada seorang kanak-kanak yang telah selesai menikmati sebiji pisang, lapor akhbar Britain, The Sun. Dia mengakui melempar ke arah bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang tanpa memikirkan implikasi perkauman.

“Saya tidak bersikap perkauman. Saya sebenarnya Cypriot Yunani. Saya bersumpah bahawa saya bukan seperti itu. Saya memohon maaf jika saya telah menyinggung sesiapapun dari kedua-dua belah kelab, terutama Tottenham.

“Saya telah membuat perkara gila dan saya tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan dengan cara sebegini. Saya tidak bermaksud apa-apa,” katanya.

Ahad lalu, keterujaan Aubameyang untuk meraikan jaringan gol pembukaan Arsenal dicemari insiden luar jangkaan apabila dia dilempar kulit pisang oleh seorang penyokong Tottenham. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN