Sami dera anak hingga mati direman seminggu - Utusan Malaysia

Sami dera anak hingga mati direman seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Dis. – Mahkamah Majistret Kajang dekat sini hari ini telah mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari terhadap seorang sami di sebuah kuil di Semenyih, dekat sini yang mendera anak lelakinya berusia 10 tahun sehingga mati.

Perintah reman yang dikeluarkan Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah berkuat kuasa hari ini sehingga 13 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan ketika kejadian, suspek berusia 43 tahun itu difahamkan berada bawah pengaruh dadah. Ujian air kencing turut mendapati lelaki berkenaan disahkan positif dadah jenis Methamphetamine.

Menurut laporan media yang memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof , hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat kecederaan berganda akibat objek tumpul di seluruh badan.

Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh ahli keluarganya telah dibawa ke Hospital Serdang, dekat sini oleh keluarganya sebelum disahkan meninggal dunia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN