PUTRAJAYA 11 Dis. – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dipercayai berhubung kes pindaan laporan akhir pengauditan syarikat tersebut. Menurut peguam mewakili Arul, Datuk N. Sivananthan, anak guamnya telah ditahan pada pukul 10.30 pagi ini. Ujarnya lagi, Arul bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 atas dakwaan meminda laporan audit itu. “Selain anak guam saya, juga akan didakwa adalah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan kes sama.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya