KUALA LUMPUR 1 Dis. – Sebanyak enam lagi individu ditahan berhubung insiden kekacauan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, Selangor Isnin lalu Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, tangkapan terbaharu itu adalah penambahan daripada 42 tangkapan yang diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, semalam. “Setakat pukul 8 pagi ini, jumlah tangkapan adalah sebanyak 48 orang. Operasi kita masih berjalan dan kita tidak…