PERTUBUHAN Kebangsaan Melayu Bersatu bila ditubuhkan pada Mei 1946 mengandungi 37 kumpulan yang menggunakan label-label berikut: pergerakan, persekutuan, kesatuan, persatuan, perikatan, ikatan, dewan dan club. Hanya satu sahaja yang menggunakan label parti, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Semalaya bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Mohammad Nor. Sesungguhnya, Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu (terjemahan Inggerisnya United Malays National Organization, ringkasannya UMNO) bila ditubuhkan sebenar-benarnya bukan suatu parti politik, tetapi sebuah ‘pertubuhan’ yang ada anggotanya daripada…










