MELAKA 14 Dis. – Jika peningkatan kos sara hidup dilihat menjadi beban kepada sebahagian besar peladang, petani, penoreh dan pekebun kecil di negara ini, sekumpulan nelayan di Muara Sungai Duyong pula berdepan masalah hasil tangkapan yang semakin berkurangan. Nelayan perseorangan dan nelayan menggunakan tongkang mengeluh hasil ikan semakin berkurangan sejak projek tambakan laut yang dilaksanakan di kawasan perairan Selat Melaka untuk tujuan pembangunan. Abdul Khalid Mohd. Zin, 65, dari Kampung…