MELAKA – Seorang remaja lelaki direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes liwat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun 11 bulan di Taman Rembia Setia, Alor Gajah, Khamis lalu. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd. Anuar Ostadi terhadap remaja berkenaan yang berumur 15 tahun. Suspek direman bermula hari ini sehingga Sabtu depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang…