Dalam sibuk mencipta rekod berdebat tentang rekod menulis karya tentang rekod tidak kesedaran dirinya direkod Raqib dan Atid sentiasa hadir merekodkan segala amal anak adam perbuatan dan pengucapan Raqib merekodkan segala kebaikan duduk di sebelah kanan lebih dekat dari urat lehernya tidak terlepas kecil atau besar meski terniat dalam hati Atid merekodkan segala keburukan duduk di sebelah kiri lebih dekat dari urat lehernya tidak terlepas kecil atau besar kecuali niat belum laksana rekod akan diterjemahkan pada hari kematian diadili pada hari penghakiman tika kita lupa mereka tidak pernah jemu selalu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya