“SAYA sukar memahami logik mengapa Islam benarkan perhambaan pada zaman nabi?” Pernah dalam sebuah ceramah yang saya hadiri, seorang wanita Nigeria bertanya soalan ini kepada Firdaus Wong Wai Hung. Lantas pengerusi pertubuhan Multiracial Reverted Muslims itu menjawab: “Kita perlu faham bahawa perhambaan dalam Islam sangat berbeza dengan perhambaan yang diamalkan oleh bukan Islam. Islam memberi banyak hak kemanusiaan kepada hamba abdi. Hak ini tidak ada dalam kamus perhambaan golongan bukan…










