KUALA TERENGGANU 11 Dis. – Mulai tahun depan, polis Terengganu akan memerangi kegiatan curi motosikal, susulan kejayaan kontinjen itu melumpuhkan kegiatan terbabit sepanjang tahun ini. Ketua Polis negeri, Datuk Aidi Ismail ketika memberi jaminan itu berkata, walaupun kes kecurian motosikal mencatatkan penurunan daripada tahun sebelumnya namun ia masih merupakan penyumbang terbesar kepada kadar jenayah indeks negeri ini. Beliau menjelaskan, kadar jenayah itu melibatkan kira-kira 60 peratus daripada keseluruhan kes…