KUALA LUMPUR – Polis menahan tujuh individu termasuk dua warga Filipina yang disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas dalam operasi di Kelantan, Selangor, Sabah dan Kedah. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam kenyataan hari ini berkata, semua tangkapan itu ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas PDRM dari 19 hingga 28 November lepas. Menurutnya, tangkapan pertama seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang bekerja sebagai penjual madu…










