GUA MUSANG 26 Dis. – Polis Daerah Gua Musang berjaya merampas 1,413 botol kecil mengandungi cecair warna hitam dipercayai ubat batuk dan 100 kilogram daun ketum dalam serbuan di sebuah rumah kosong dan dua buah kereta di Kampung Simpang Empat Kundur di sini, Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Mohd Taufik Maidin berkata berikutan itu, tiga lelaki berumur 17 hingga 43 tahun termasuk dua pemandu kereta ditahan untuk…










