Polis berkas tiga tokan dadah, rampas syabu RM50,000 - Utusan Malaysia

Polis berkas tiga tokan dadah, rampas syabu RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga individu warga tempatan dipercayai tokan dadah dan merampas syabu bernilai RM50,000 dalam operasi khas di Jalan Vivekananda, Brickfields dekat sini, kelmarin.

Tiga individu berkenaan terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita ber­usia dalam lingkungan 24 hingga 33 tahun ditahan pukul 9.40 malam.

Difahamkan, operasi ter­sebut dijalankan sepa­sukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua JSJN Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon (gambar) berkata, tangkapan dilakukan hasil maklumat orang awam dan risikan polis berhubung kegiatan pengedaran dadah di sekitar kawasan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga individu terbabit telah bergiat aktif dalam pengedaran dadah di sekitar ibu negara dan Lembah Klang sejak dua bulan lalu.

“Kita juga te­lah merampas dadah jenis syabu seberat 1,004 gram bernilai RM50,000 yang dipercayai untuk dibekalkan kepada 1,000 pengguna di sekitar ibu negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau turut memberi­tahu, ketiga-tiga suspek telah ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama tujuh hari bermula semalam hingga Khamis depan.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati sekiranya disabit kesalahan.

“Kita juga percaya de­ngan tertangkapnya ketiga-tiga suspek ini, polis berjaya menumpaskan aktiviti pengedaran dadah yang didalangi warga tempatan,” ujarnya.

Tambahnya, usaha membanteras aktiviti pengeda­ran dadah akan diteruskan pada masa hadapan bagi membasmi masalah penggunaan dadah di sekitar ibu negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×