KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga individu warga tempatan dipercayai tokan dadah dan merampas syabu bernilai RM50,000 dalam operasi khas di Jalan Vivekananda, Brickfields dekat sini, kelmarin. Tiga individu berkenaan terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 24 hingga 33 tahun ditahan pukul 9.40 malam. Difahamkan, operasi tersebut dijalankan sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Ketua JSJN Kuala…