LONDON 3 Dis. – Jordan Pickford memohon maaf kepada semua selepas kesilapannya pada penghujung aksi Merseyside Derby, awal pagi tadi membolehkan Liverpool menang 1-0. Penjaga gawang England itu juga berjanji bahawa kesilapan itu tidak akan berulang lagi dan sama sekali tidak akan menjejaskan masa depannya bersama skuad itu. Dalam perlawanan itu, Everton dilihat sudah menampilkan aksi cemerlang namun Liverpool dihadiahkan sepakan bebas pada minit ke-96. Alisson menolak bola itu kepada Trent Alexander-Arnold sebelum dihantar kepada Virgil van Dijk yang kemudiannya melakukan hantaran jauh yang dilihat menuju ke arah luar padang.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya