PARIS 10 Dis. – Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengulangi pendirian mereka untuk menetapkan pada Mac ini sama ada Piala Dunia 2022 bakal melibatkan 48 pasukan atau pun tidak berbanding hanya 32 sahaja sebelum ini. Presidennya, Gianni Infantino berkata, masa panjang terpaksa diambil untuk mengkaji langkah tersebut memandangkan ia bukan satu keputusan yang mudah untuk dibuat badan induk bola sepak dunia itu. Pusingan akhir Piala Dunia 2022 akan berlangsung di Qatar…










