RAJINIKANTH, pelakon tersohor India datang lagi ke Malaysia? Bila? Akhbar ini dimaklumkan beliau akan menghadiri pelancaran tayangan perdana filem Petta lakonannya di Kuala Lumpur pada 13 Januari tahun baharu nanti. Khabarnya, Rajinikanth yang mengagumi dan amat menghormati Tun Dr. Mahathir Mohamad berharap dapat bertemu Perdana Menteri semasa kedatangannya nanti, seterusnya mengundang negarawan itu menghadiri tayangan perdana Petta. Sejak muncul dalam Kabali dan turut menjalani penggambaran filem box office itu di Malaysia beberapa tahun lalu, jika tiada aral, inilah kunjungan pertama tahun baharu pelakon yang meraih pendapatan tertinggi di India itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya