KUALA LUMPUR 28 Dis. – Petronas Dagangan Berhad (PDB) bersedia untuk bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kejadian campuran bahan api yang mengakibatkan kerosakan kira-kira 20 buah kenderaan di Stesen Petronas Solaris Besraya di Serdang dekat sini, pagi ini. PDB dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil serius perkara tersebut dan meminta maaf kepada semua pelanggan atas kesulitan yang berlaku. “Kami sudah berhubung dengan pelanggan yang terlibat dan telah mengambil langkah-langkah perlu serta akan…










