SEREMBAN – Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mustaffa Daharun, 60, meninggal dunia dipercayai akibat masalah paru-paru berair di Hospital Jempol pukul 8.12 pagi tadi. Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Khairil Anuar Wafa ketika dihubungi pihak media mengesahkan kematian pemimpin Pas tersebut. Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lalang, Jempol selepas solat Zohor hari ini. Allahyarham yang juga Pengerusi Akademi Darul Ulum meninggalkan seorang balu dan sembilan orang anak. Allahyarham bertanding di Parlimen Jempol dan Dewan Undangan Negeri Ampangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, namun tewas di kedua-kedua kerusi. –…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya