PASIR GUDANG 16 Dis. – Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Pasar Lambak Bergerak Johor Selatan memohon Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) mempertimbangkan semula keputusan membatalkan kerja-kerja pembersihan tapak penjaja yang sebelum ini diuruskan mereka. Pengerusinya, Datuk Yow Boon Choon berkata, ini berikutan keputusan yang dibuat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi satu notis pada 28 November lalu dilakukan tanpa sebarang perundingan dengan mereka sebelumnya. “Notis yang kami terima tempoh hari, menyatakan pembatalan…