KOTA BHARU 10 Dis. – Pertikaian mengenai pengurusan sekolah agama, Maahad Darul Anuar (Mada), Pulau Melaka yang diasakan oleh bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memasuki fasa baharu. Hari ini, pakatan Keluarga Nikmatillah (keluarga Nik Abdul Aziz) membuka kaunter pendaftaran pelajar baharu di bawah khemah di hadapan sekolah tersebut dan turut dihadiri oleh adik kepada Nik Abdul Aziz, Nik Mohd Nasim dan salah seorang anak Allahyarham,…