BUKIT GANTANG 11 Dis.– Tatkala ibu bapa lain mula melakukan persiapan persekolahan untuk anak-anak mereka, lain pula situasinya buat pekebun kecil yang mengusahakan tanaman kelapa sawit di atas tanah sendiri bagi meneruskan kelangsungan hidup. Harga komoditi sawit yang jatuh menjunam menyebabkan Md. Hanafiah Nayan, 61, dari Kampung Batu Hampar Dalam, Trong di sini, terpaksa berjimat-cermat dalam perbelanjaan harian. Apakan tidak, pendapatan bersih daripada jualan sawit diperoleh Md. Hanafiah dalam masa…