KANGAR 7 Dis. – Perlis menyasarkan untuk menganjurkan kejohanan sukan bertaraf antarabangsa di negeri ini menjelang 2020. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, hasrat tersebut tidak mustahil dilaksanakan kerana setiap tahun Perlis telah membuktikan kejayaan menganjurkan pelbagai pertandingan bertaraf tinggi seperti maraton; tenis; lumba basikal, perahu bersempena pesta air dan ragbi. “Sudah tiba masanya kejohanan-kejohanan berstatus nasional atau tempatan ini diangkat martabatnya. “Sukan woodball sebagai contoh, yang…










