KUALA LUMPUR – Sejumlah RM93.57 juta bayaran pampasan bagi kemalangan perjalanan pergi dan pulang ke tempat kerja disebabkan kenderaan bermotor dibayar oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini. Perkeso dalam kenyataan kepada Bernama berkata, jumlah tersebut adalah bagi faedah hilang upaya sementara berdasarkan 25,219 kes yang diterima dengan purata pembayaran faedah sebanyak RM3,710 bagi setiap kes. “Berbanding tahun lalu bagi tempoh yang sama, Perkeso membayar RM94.53 juta bagi 26,637 kes dengan purata bayaran setiap kes adalah RM3,550,” menurut kenyataan tersebut hari ini. Katanya, untuk kemalangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya