KUALA LUMPUR 6 Dis. – Pengorbanan seorang penyokong tegar Harimau Malaya menempuh perjalanan lebih 16 jam dari Padang Besar ke Bangkok, nyata berbaloi apabila dia dapat merasai sendiri kegembiraan luar biasa di Stadium Rajamangala selepas skuad bola sepak kebangsaan mengikat Thailand 2-2 pada separuh akhir kedua Piala AFF 2018, semalam. Menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan, Malaysia mara ke perlawanan akhir dan detik manis itu dapat disaksikan sendiri Pit Firdaus…










