PUTRAJAYA 19 Dis. – Tindakan ingin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukanlah sesuatu yang mudah buat bekas anggota UMNO terutamanya ahli Parlimen dan pemimpinnya. Hal ini kerana menurut Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, permohonan mereka akan diteliti dan tingkah laku pemimpin terlibat diperhatikan untuk memastikan sama ada mereka layak menyertai parti itu. Katanya, parti itu hanya mengalu-alukan mereka yang bebas daripada sebarang salah laku atau mereka yang bukan penyokong kuat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. “Kami hanya menerima pemimpin yang tidak terlibat dan menunjukkan sokongan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya