BUKIT MERTAJAM – Kelas latihan seni silat perlu diperbanyakkan di peringkat sekolah dan pelbagai lapangan lain bagi memelihara warisan serta jati diri bangsa Melayu. Menurut ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, pihaknya kini dalam usaha untuk melibatkan agensi dan jabatan kerajaan bagi membantu pihak berkaitan memperkenalkan seni silat kepada generasi muda di peringkat sekolah. “Melalui keterlibatan agensi-agensi kerajaan khususnya dari Kementerian Belia dan Sukan termasuk Majlis Sukan Negara, ia…