Penunggang motosikal maut dilanggar lari - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut dilanggar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Dis. – Seorang penunggang motosikal wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan dipercayai langgar lari di Kilometer 13.5, Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.40 petang itu, Hasnina Norsafari, 22, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut sumber, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15 dipercayai dilanggar oleh kenderaan yang masih belum dikenal pasti.

“Akibat daripada kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik Bulan Sabit Merah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Lorong tengah jalan raya ditutup untuk siasatan kemalangan dan turut mengakibatkan aliran trafik perlahan sepanjang 1.5 kilometer,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN