Penumpang sentiasa dipantau dengan CCTV - Utusan Malaysia

Penumpang sentiasa dipantau dengan CCTV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Setiap hab pengangkutan awam di sekitar bandaraya ini sama ada stesen LRT, monorel dan bas diawasi kamera litar tertutup (CCTV) yang dilengkapi di setiap sudut bagi memastikan keselamatan penumpang dan operasi perkhidmatan pengangkutan itu.

Sekurang-kurangnya 20 unit CCTV diletakkan di setiap lokasi bagi memantau setiap pergerakan penumpang selain digunakan untuk memantau tahap kesesakan di stesen.

Ketua Keselamatan Rel Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Deputi Superintendan  (Polis Bantuan) Mohd Faizul Ramli berkata, sebanyak 6,224 rakaman CCTV dipantau secara langsung menerusi 773 ‘monitor’ di Pusat Kawalan Keselamatan (SCC) dan Pusat Kawalan Operasi bagi setiap laluan tren sepanjang 24 jam.

“Kedua-dua SCC dan OCC ini terdapat di setiap bilik kawalan CCTV bagi perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya, Ampang, Monorel dan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang sentiasa dipantau tiga anggota polis bantuan.

“SCC memantau berkaitan hal keselamatan dan jenayah manakala OCC memantau hal operasi tren sahaja jika berhenti, rosak dan lain-lain,” katanya dalam temubual eksklusif dengan Bernama baru-baru ini. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN