Pelakon berkarakter, Haliza Misbun mengaku bukan semua orang meminati teater alternatif lantaran kebanyakannya cenderung memilih teater yang mempunyai nilai komersial serta menepati citarasa ramai. Malah kata Haliza, 46, dia mengandaikan anak-anak muda sekarang lebih selesa ‘melayan’ sesuatu yang ringan dalam media sosial berbanding karya yang menekankan soal realiti kehidupan. Justeru apabila persembahan teater masih dikunjungi generasi muda, situasi tersebut memberi petanda positif kepada kelangsungan karya seni itu untuk terus diangkat…










