Penjaja dan peniaga kecil mampu kurangkan kos pengurusan sampah - DBKL - Utusan Malaysia

Penjaja dan peniaga kecil mampu kurangkan kos pengurusan sampah – DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pihak penjaja dan peniaga kecil mampu mengurangkan kos pengurusan sampah yang mencecah jutaan ringgit setiap tahun seandainya sisa tersebut diuruskan dengan betul dan sistematik, kata seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL, Jabarilah Jaafar berkata, walaupun nampak kecil, impak daripada kesedaran penjaja dan peniaga kecil terutama di tengah ibu kota bukan saja mengurangkan kos pengurusan sampah tetapi mampu mengatasi dua masalah utama lain iaitu banjir kilat dan longgokan sampah.

“Kebersihan ini bermula daripada penjaja memandangkan mereka ini adalah sumber awal wujudnya sampah.

“Jika 214 peniaga dan penjaja di sini bekerjasama dan tahu peranan mereka dalam menguruskan sampah terutama sisa makanan dan minyak, sudah tentu pihak DBKL dan Alam Flora dapat menjimatkan jutaan ringgit setahun bagi kos penyelengaraan sampah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Gotong Royong Perdana di Jalan Haji Taib di sini hari ini. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN