KUALA TERENGGANU 25 Dis. – Kepemimpinan tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) meluangkan masa menziarahi mantan Pengarah Pendidikan Terengganu, Datuk Abdul Rahim Tahir di kediamannya di Kajang, Selangor baru-baru ini. Kunjungan itu diketuai Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin yang turut diiringi timbalannya serta semua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Terengganu. Menurutnya, Abdul Rahim yang pernah menjadi pengarah pendidikan Terengganu dari tahun 1994 hingga 1998 kini terlantar akibat penyakit kanser tulang. “Akibat kanser tulang yang dihidapi sejak tiga bulan lalu, beliau tak dapat lagi bergerak aktif dan kini terlantar di rumahnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya