PULAU PINANG 6 Dis. – Seorang suri rumah yang mengalami masalah jantung dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini menerusi penerbangan ihsan bagi menjalani rawatan segera. Penerbangan ihsan dari Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang membawa Ruby Looi Joo Hua itu berlepas dari Pengkalan Udara Subang kira-kira pukul 7.30 pagi tadi dan tiba di Padang Polo berhadapan HPP di sini, kira-kira pukul 9 pagi ini. Sejurus tiba dengan helikopter Agusta AW139 itu, Ruby, 47, yang mengalami masalah pendarahan pada saluran jantung dan sebelum ini mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya