GEORGE TOWN 14 Dis. – Sekumpulan pemandu teksi limosin Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, hari ini mengadakan bantahan secara aman mendesak kerajaan mengkaji semula pelaksanaan perkhidmatan e-hailing yang didakwa menjejaskan punca pendapatan mereka. Wakil kumpulan pemandu teksi itu, N. Gopal, 72, mendakwa pemandu Grab dilihat masih mengambil penumpang di LTAPP dan tindakan itu melanggar peraturan yang telah ditetapkan iaitu hanya pemandu teksi berlesen dibenarkan mengambil penumpang di…