KUALA LUMPUR 26 Dis. – Seorang pemandu teksi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang buruh warga Myanmar di tepi Jalan Stesen Sentral, di sini Khamis lalu. A. Elangovan, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah. Mengikut pertuduhan, dia bersama dua lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompakan secara berkumpulan terhadap Abdul Shukur Habibur Rahman, 25, dengan melarikan wang tunai sebanyak RM1,700 di tepi jalan, Jalan Stesen Sentral di sini, pada pukul 5 petang, Khamis lalu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya