Pelakon wanita, 17 individu ditahan pesta liar dibebaskan - Utusan Malaysia

Pelakon wanita, 17 individu ditahan pesta liar dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang pelakon wanita serta 17 lagi individu yang ditahan dalam serbuan aktiviti pesta liar di sebuah kondominium mewah di Bukit Ceylon di sini pada Rabu lalu dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintenden Rudy Abdullah berkata, pihaknya menahan 11 lelaki dan lapan wanita berusia lingkungan 21 hingga 50 tahun dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik  Daerah Dang Wangi kira-kira 12.30 malam pada 19 Disember lepas.

“Daripada jumlah itu, 18 daripada mereka dibebaskan sementara seorang lagi dituduh di Mahkamah Jalan Duta semalam,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata, lelaki terbabit dituduh mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk berusia 28 tahun menganjur pesta itu serta dipercayai membiayai semua perbelanjaan termasuk pembelian bekalan dadah.

Dilaporkan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati 11 daripada mereka positif dadah  manakala pelakon wanita berusia lingkungan 40-an serta tujuh lagi yang lain didapati bebas daripada penyalahgunaan dadah. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×