KUALA LUMPUR 7 Dis. – Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintenden ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima rasuah sebanyak RM8,000, hari ini. Menurut sumber, lelaki berusia 44 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 5.17 petang hari ini. “Suspek ditangkap bagi tujuan siasatan berkaitan penerimaan wang rasuah bagi mendapatkan kelulusan pembaharuan lesen perniagaan barang-barang lusuh yang diusahakan sebuah syarikat di sekitar Teluk Intan, Perak.…










