KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan pemantauan terhadap himpunan Bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dijangka diadakan pada Ahad ini supaya tidak mencetuskan sebarang kekecohan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sudah memberikan kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan himpunan tersebut. “Kita akan buat persediaan yang perlu untuk memastikan himpunan itu mengikut saluran undang-undang dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan serta masalah keselamatan. “PDRM akan mengeluarkan surat kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan himpunan itu sama ada hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya