KOTA BHARU 15 Dis. – Biarpun tidak bersetuju dengan budaya lompat parti namun Pas bersedia menerima mana-mana wakil rakyat parti lain khususnya dari UMNO yang mahu berhijrah ke parti itu. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sebenarnya adalah pihak pertama yang mencadangkan kepada kerajaan terdahulu supaya diwujudkan akta menyekat Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) melompat parti. Bagaimanapun, katanya, selagi larangan seumpama itu…