Pas lebih rela jadi pembangkang - Utusan Malaysia

Pas lebih rela jadi pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 26 Dis. – Pas lebih rela kekal sebagai pembangkang daripada menjadi kerajaan yang hanya memberikan janji palsu kepada rakyat.

Itu adalah reaksi sinis daripada Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan parti yang memerintah Kelantan itu cemburu dan iri hati dengan kejayaan Pakatan Harapan (PH).

Malah Mohd. Amar turut menyifatkan Bersatu sebagai sebuah parti yang lemah kerana hanya mampu menang 11 kerusi Parlimen biarpun bergabung dan mendapat bantuan daripada parti-parti lain.

“Kalau banding Pas dengan Bersatu, jauh Pas lebih kuat sebab dengan bersendirian pun dapat 18 kerusi, Bersatu berpakat dengan PH pun dapat 11 kerusi saja, sekarang bila ambil (Ahli Parlimen) UMNO baru banyak sikit.

“Saya jangka PH satu penggal sebab berlaku banyak masalah dalaman di antara satu parti dengan satu parti, kemudian dalam parti itu sendiri ada masalah sebagai contoh dalam PKR ada dua kem, dalam Bersatu pun ada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Letak Kerja dan Pelancaran Logo Pusat Belia Kelantan di Medan Usahawan Kota Bharu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Hamat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×