KUALA LUMPUR – Keadaan di lobi Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila berlaku perselisihan di antara pengawal keselamatan Parlimen dan sekumpulan mahasiswa yang hadir bagi menyerahkan memorandum berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 kepada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik. Kekecohan berlaku apabila kumpulan 10 mahasiswa daripada Gabungan Pembebasan Akademik itu cuba mengadakan sidang media di lobi tetapi dihalang oleh pengawal keselamatan. Keadaan kembali tenang apabila Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya), Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) dan Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) hadir mendengar keluhan mereka dan bersetuju untuk menyampaikan mesej…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya