KUALA LUMPUR 29 Dis. – Bekas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anuar akhirnya memberi maklum balas berhubung Warkah dari Cordoba yang ditulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa hari ini.
Good intentions notwithstanding, I have actually informed Dato the public letter was inappropriate and condescending. Best we all focus on real issues. https://t.co/puH1VOIz4J
— Nurul Izzah (@n_izzah) December 29, 2018
Kenyataan balas itu dibuat selepas empat hari surat terbuka itu dimuat naik, bagaimanapun bukanlah tindak balas positif kepada menteri yang memegang portfolio agama.
Nurul Izzah berkata, perkara tersebut adalah tidak wajar dilakukan sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada isu-isu utama.
“Walau apa pun niat beliau (Mujahid) saya telah maklumkan kepadanya bahawa surat terbuka itu adalah tidak wajar dan merendahkan diri.
“Adalah yang terbaik untuk kita semua memberi tumpuan kepada isu-isu sebenar,” katanya bagi membalas surat itu menerusi akaun Twitter milik beliau di sini.
Rabu lalu, Mujahid yang dalam perjalanan dari Cordoba ke Madrid, Sepanyol menulis surat terbuka kepada Nurul Izzah yang dipaparkan kepada umum dalam Facebook beliau.
Dalam warkah sepanjang 25 perenggan itu, Mujahid memanggil Nurul Izzah sebagai adinda dan membahasakan diri beliau sebagai kakanda. – UTUSAN ONLINE










