NAPLES, Itali – Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis mengesahkan pihaknya menolak tawaran lumayan Manchester United bernilai £95 juta (RM504.4 juta) untuk membeli tonggak pertahanan, Kalidou Koulibaly. The Red Devils terdesak untuk menandatangani bintang Napoli itu bagi memperkuatkan barisan pertahanan mereka berikutan prestasi hambar sepanjang Liga Perdana England (EPL) musim ini hingga menyaksikan pengurus, Jose Mourinho dipecat secara mengejut, kelmarin. Bagaimanapun, De Laurentiis menegaskan Koulibaly, 27, adalah aset utama Napoli dan…










