YANGON 5 Dis. – Menteri Agama Myanmar melahirkan kebimbangan sekiranya etnik Rohingya yang beragama Islam bakal menjadi penduduk majoriti di negara ini dalam tempoh terdekat susulan peningkatan populasi kumpulan minoriti tersebut. Thura Aung Ko turut mendakwa, Bangladesh enggan membenarkan etnik Rohingya pulang kerana bimbang populasi mereka akan merosot. “Bangladesh mempengaruhi golongan muda Rohingya supaya bersatu dan masuk semula ke Myanmar suatu hari nanti dan matlamat utama mereka adalah untuk menduduki…










