PEKAN 8 Dis. – Biarpun semakin menunjukkan respon positif, keadaan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, yang cedera dibelasah dalam rusuhan di sebuah kuil masih lagi dalam keadaan kritikal tetapi stabil. Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mohammad Hamdan Wahid percaya dalam masa terdekat ini akan ada petanda positif dalam pemulihan Muhammad Adib. “Kita percaya Muhammad Adib akan sembuh berkat usaha diberikan pakar di Institut Jantung Negara…










