KUALA KEDAH 18 Dis. – Anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim yang meninggal dunia dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25 di Subang Jaya akhir bulan lalu akan dinaikkan pangkat ke Pegawai Bomba Kanan II. Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohammad Mentek berkata, kenaikan pangkat dari gred KB19 ke KB22 secara ‘posthumous’ itu berkuatkuasa serta merta. “Kita rasa dukacita dan terharu dengan pemergian dan pengorbanan serta keberanian Allahyarham yang menjalankan tugas dengan mengenepikan keselamatan diri sehingga cedera dalam tugasan rasmi. “Justeru, kenaikan pangkat ini diharapkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya