SEREMBAN – “Saya sanggup berbuat apa sahaja walaupun menjadi seorang peminta derma demi anak perempuan saya”. Itu rintihan bapa kepada wanita Malaysia, Marina Jamaluddin, 39, yang sedang menjalani hukuman penjara selama 20 tahun di Nepal kerana kesalahan menjadi keldai dadah. Jamaluddin Malek, 66, berkata, dia menjadi peminta derma di Seremban sejak dua bulan lalu demi kasih kepada anak selepas tiada lagi pihak tampil membantunya. Menurutnya, wang ehsan orang ramai itu…










