SAAT wisel ditiup oleh pengadil, bola berbentuk silinder atau dikenali sebagai puck yang berada di dasar kolam renang itu menjadi rebutan enam pemain. Berbekalkan sebatang kayu hoki pendek berukuran 15 sentimeter, mereka terus menyelam ke dasar kolam berkedalaman dua meter itu untuk mendapatkan puck tersebut. Sekali-sekala permukaan kolam berkocakan apabila terdapat beberapa pemain menimbulkan kepala di permukaan air untuk mengambil nafas sebelum tiba gilirannya mengawal bola itu. Begitulah gambaran permainan…