Hadir ke majlis anjuran Tag Heuer selaku duta pengeluar jam tangan mewah itu, gadis yang lebih dikenali sebagai Bella Hadid ini dilimpahi pujian rakyat Malaysia bukan sahaja kerana kecantikannya tetapi juga dek budi pekerti dan penataan gaya yang memukau menerusi persalinan daripada pereka fesyen tempatan Farah Khan. Dilahirkan pada 9 Oktober 1996 di Los Angeles, California, Amerika Syarikat, pemilik nama sebenar Isabella Khair Hadid, 22, merupakan seorang gadis yang aktif.…